cerita sedih tentang ibu
Jubah Buat Ibu
“Apa nak jadi dengan kau ni
Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak
boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah
ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah
besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau
asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu.
Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.
Suaranya kali ini sedikit sebak
bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun
yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan
kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula
menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti
selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul
anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin
berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai
tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak
menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. ” Jadi betul la kau
yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan,
sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan
berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.
“Sakit bu…sakit….maafkan Along
bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along
meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye,
kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini
semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu.
“Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit
bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih.
Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya
namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa.
Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya
dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap
hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan
Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata
ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along
memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya
menangis lagi kerananya.
(more…)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar